Liverpool berjaya menjadi wakil tunggal England yang meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas menundukkan Manchester City 2-1 dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Etihad.
Dengan kemenangan tersebut, Liverpool layak ke peringkat seterusnya dengan kelebihan aggregit 5-1.
Tuan rumah yang ketinggalan tiga jaringan pada perlawanan pertama mempersembahkan corak permainan bertenaga dalam usaha mengurangkan defisit jaringan bagi menghidupkan peluang untuk kembali bangkit.
Segalanya tampak berjalan dengan lancar apabila Gabriel Jesus berjaya membuka tirai jaringan seawal minit kedua berpunca daripada serangan balas pantas selepas hantaran jauh yang cuba dilakukan Virgil Van Dijk dipatahkan.
Aksi di babak pertama ternyata saat sukar yang dihadapi anak buah Jurgen Klopp apabila Manchester City mendominasi permainan bagi melancarkan beberapa serangan berbahaya ke kubu yang dikawal Loris Karius.Bernardo Silva hampir memberikan jaringan kedua buat City selepas percubaan dari luar kotak penalti yang dilakukannya hanya singgah di tiang gol Liverpool bagi menghampakan penyokong setia mereka pada minit ke-41.
Skuad bimbingan Pep Guardiola itu terus kecewa setelah jaringan yang berjaya dihasilkan seminit kemudian telah dibatalkan oleh pembantu pengadil selepas Leroy Sane dikatakan terperangkap ofsaid.
Keputusan tersebut ternyata telah menimbulkan rasa ketidakpuasan hati dalam kalangan pemain dan pegawai Manchester City.Lebih perit buat Manchester City apabila Pep Guardiola diperintahkan untuk meninggalkan bangku simpanan selepas beliau mempertikaikan keputusan pengadil yang bertugas.
Kesempatan itu digunakan oleh Liverpool pada babak kedua untuk mematikan sisa perjuangan David Silva dan rakan sepasukannya.
Sumber

Belum ada tanggapan untuk "UCL 2017/18: Liverpool Berjaya Serap Tekanan Hebat Manchester City Untuk Mara Ke Separuh Akhir"
Post a Comment