Buffon: “Pengadil Ini Tiada Hati, Tetapi Ada Tong Sampah Dalam Diri Dia”

Giangluigi Buffon telah dilayangkan kad merah oleh pengadil dari England, Michael Oliver selepas membantah keputusan pengadil memberikan penalti kepada Real Madrid pada masa kecederaan.


Juventus berjaya mendahului Real Madrid 3-0 dalam perlawanan ini untuk menyamakan agregate 3-3. Namun pada masa kecederaan, Benatia telah mengasari Lucas Vazquez di dalam kotak penalti.

Cristiano Ronaldo menyempurnakan penalti tersebut dan membolehkan Real Madrid melangkah ke separuh akhir sekali lagi dengan aggregate 4-3.

Buffon melabel Michael Oliver sebagai manusia yang ada tong sampah dalam dirinya dan tiada hati dan perasaan.“Dia tiada sensitiviti langsung. Dalam perlawanan seperti ini, anda harus ada sensitiviti untuk memahamai pentingnya beberapa momen dalam padang.”

“Jika anda tiada sensitiviti yang diperlukan, anda tidak layak mengadili perlawanan seperti ini. Jadi, anda perlu duduk di rumah dengan emak dan ayah, dengan rakan, menonton perlawanan di tv dengan kentang goreng dan Coca-cola.

“Anda bolehlah buat perkara seperti itu.”

“Pengadil ini tiada hati dalam dirinya tetapi hanya ada tong sampah.”

“Anda perlu menjadi seorang pembunuh untuk melakukan 2 keputusan terakhir pengadil malam ini.”Ini adalah perlawanan terakhir UCL untuk Buffon jika beliau tidak melakukan u-turn dalam keputusan beliau untuk bersara pada akhir musim ini.

Buffon beraksi cemerlang sepanjang perlawanan, menafikan beberapa percubaan yang berpotensi memberikan gol kepada Real Madrid.

Sumber

Share this

Related Posts

Belum ada tanggapan untuk "Buffon: “Pengadil Ini Tiada Hati, Tetapi Ada Tong Sampah Dalam Diri Dia”"

Post a Comment