Jaringan menerusi sepakan penalti pada penghujung aksi oleh Cristiano Ronaldo membantu Real Madrid mengenepikan cabaran hebat yang diberikan Juventus untuk layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah walaupun tewas 3-1 pada perlawanan yang berlangsung di Santiago Bernabeu.
Separuh masa pertama
Juventus mengejutkan tuan rumah seawal minit ke-2 permainan selepas Mario Mandzukic menanduk masuk bola hasil hantaran lambung dari sebelah kiri pintu gol Real Madrid yang dilakukan Sami Khedira.
Douglas Costa kemudiannya melakukan hantaran lintang cantik juga dari sebelah kiri gawang Real Madrid, namun Keylor Navas dengan tenang menyelamatkan percubaan dari Gonzalo Higuain pada minit ke-7.
Real Madrid cuba untuk bangkit bagi menyamakan kedudukan berselang tiga minit kemudian apabila mendapat peluang menerusi Gareth Bale.Percubaan dilakukan pemain antarabangsa Wales itu bagaimanapun dinafikan Gianluigi Buffon dan percubaan susulan oleh Bale menerusi sepakan ‘backheel’ juga turut gagal menemui sasaran gol.
Isco berjaya menggegar gawang Juventus pada minit ke-14 selepas beliau dengan pantas menyambar bola muntah hasil percubaan Cristiano Ronaldo.
Namun, jaringan tersebut dibatalkan selepas Isco dikesan berada dalam keadaan ofsaid.
Seminit kemudian, pasukan pelawat memperoleh satu lagi peluang keemasan bagi menambah jaringan.
Sepakan sudut yang diambil Miralem Pjanic singgah tepat mencari Mandzukic, tetapi percubaan dari penyerang berusia 31 tahun itu ditangkap kemas Navas.Juventus berjaya menambah jaringan kedua sekaligus memberikan tekanan buat skuad bimbingan Zinedine Zidane itu selepas Mandzukic menanduk masuk bola hasil hantaran dari Stephan Lichtsteiner.
Gerakan yang menghasilkan gol kedua peribadi kedua buat Mandzukic itu juga berpunca dari hantaran lintang di sebelah kiri pintu gol Real Madrid.
Real Madrid terlepas peluang keemasan pada masa kecederaan untuk mencipta jaringan setelah tandukan Raphael Varane hasil sepakan percuma dari Toni Kroos hanya singgah di palang gol Juventus.
Separuh masa kedua
Melihat anak buahnya gagal menemui sentuhan jaringan pada separuh masa pertama, Zinedine Zidane membuat dua pertukaran awal di babak kedua.Beliau memasukkan Lucas Vazquez dan Marco Asensio untuk menggantikan Casemiro serta Gareth Bale dalam usaha meningkatkan kreativiti bagi mencipta jaringan.
Blaise Matuidi terus menceriakan kem Juventus dengan jaringan ketiga dihasilkan pada minit ke-61.
Jaringan tersebut terhasil berpunca daripada kesilapan Keylor Navas yang gagal menangkap kemas sepakan percuma oleh Douglas Costa.
Matuidi yang tidak dikawal dengan mudah menolak masuk bola untuk menyamakan kedudukan aggregit 3-3.
Real Madrid berusaha keras untuk mendapatkan jaringan sulung mereka. Dua peluang terbaik yang dicipta Cristiano Ronaldo dan Isco terus dinafikan dek kecekapan Buffon.
Sepakan penalti dramatik
Ketika perlawanan seakan-akan bakal berlanjutan ke masa tambahan, Medhi Benatia melakukan kekasaran terhadap Lucas Vazquez dalam kotak penalti yang memaksa pengadil perlawanan, Micheal Oliver menganugerahkan sepakan penalti buat Real Madrid.
Keputusan tersebut ternyata menimbulkan kemarahan para pemain Juventus terutamanya Buffon yang jelas tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil dari Liga Perdana Inggeris itu.
Lebih parah buat Juventus apabila Buffon dilayangkan kad merah akibat kelantangan dan perlakuan beliau dalam membantah keputusan pengadil.
Cristiano Ronaldo yang mengambil sepakan tersebut dengan tenang menewaskan penjaga gol gantian, Wojciech Szczesny untuk mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir buat Real Madrid walaupun tewas 3-1 dalam aksi menarik ini.

Belum ada tanggapan untuk "Real Madrid Mara Ke Separuh Akhir Dengan Penuh Dramatik"
Post a Comment